Sunday, May 13, 2012

Result.

Assalamualaikum and heyy readers :)

Beberapa minggu yang lepas, kami dikejutkan dengan keluarnya keputusan exam. Haha. Ayat sungguh tak boleh blah. Tapi betul lah kan. Itu lahh yang terjadi. Saat semua orang menunggu keputusan keluar, aku dah dibuai mimpi ke alam fantasi. Hoho *gelak sin chan. Nak buat macam mana. Tunggu awal awal pun result tetap keluar pukul 9 pagi. Itu belum lagi dengan tak boleh masuk, sebab server sibuk. Seronok aku tidur tau. Pulul 8 malam dah masuk bilik. Kroohh krooohh krooohhh. 

Comel kan ? hehe.
Nak dijadikan cerita lahh kan, saat semua orang berebut masa pukul 4 pagi tuh aku terjaga. Mula mula rasa macam malas sangat nak tengok keputusan itu. Tapi gagahkan diri jugak. Buka student portal memang punah lah harapan. Jadi buka dekat email. pooooopppp ! Akhirnyaa keluar juga. Haha. Dah keluar macam tuh rasa malas pula nak buka. Berbelah bahagi nak buka ke tidak. Alahaiiii, buka jeh lahh. 

Tak lah hebat mana pun.
Itu lah hasilnya selama 4 atau 5 bulan berhempas pulas belajar. Naik turun bukit, keluar sana sini, stress sana sini, berjaga 2 3 pagi gara gara nak siapkan asignment. Yaaa, aku akui, aku nh tak pandai mana pun. Tapi masih rasa bersyukur walaupun pointer aku setiap sem turun, tapi masih di atas paras 3.0. Terima kasih Ya Allah :)

Jadi kawan kawan, seharusnya kita bersyukur lah dengan apa yang kita dapat, kerana itu adalah hasil usaha kita sendiri. Our own effort. Be proud with that okay. It doesn't mean that once you fail, forever you fail. NO and NEVER okay ! Just work harder :)