Assalamualaikum and heyy readerss,
Hello semua, apa khabar hari ini? Yaa, untuk dua hari ini aku tak update story. *rasanya dua hari lah. huhu. Bukan apa, aku sibuk sikit. Okea, aku merepek lagi. HAHA. Jangan marah lah. Sebenarnya penat ditambah dengan rasa bosan asyik online and tak tahu nak buat apa selain online. So memang tak online lah jawapannya.
Berlajar Jalan? Sapa agaknya? Semestinya aku. HAHA. Aiyakkk, bukan maksud belajar jalan macam budak budak tu lah. Sebenarnya aku belajar melalui jalan jalan dekat KL tu. Abah saya murah hati nak mengajar jalan jalan KL ni. Hee. Semalam semasa on the way pergi Batu Caves lalu Maju Expressway(MEX) abah ajar lah jalan yang ni ke mana, jalan depan tu ke mana. Semua dia ajar. Seronokk.
Yaa, kalau nak bercakap pasal IT ni memang abah aku tak tahu apa pun. Nak buka laptop pun siap mintak tunjuk ajar. Lagi lagi kalu aku balik cuti bawak balik laptop, mesti dia akan cakap,
"Along, tolong abah buka CD ni. Abah tak tahu lah. Ajar abah"
Seronok dengar kalau abah cakap macam tu, sebab abah tak malu nak belajar. Kalau telefon lagi lah, abah hanya tahu guna untuk terima panggilan dan membuat panggilan sahaja. Pernah sekali dia cuba menggunakan SMS lah. Habis, segala shortform dia lebih orang orang muda. *satu apa pun tak faham. HEHE.
Tetapi kalau bab berjalan atau jalan jalan ni abah ingat sangat. Cakap ja nak ke mana. Mesti abah ajar walaupun hanya guna imaginasi. Satu masalah abah kalau nak tunjuk jalan ialah macam ni arahan dia,
"Along ambil highway MEX, lepas tu, simpang pertama jangan ambil, ambil simpang ke dua, lepas tu terus je. Agak agak nampak simpang lagi along terus ja. "
Perasan tak apa dia? HAHA. Abah tak menggunakan nama jalan, abah cuma guna simpang satu, simpang dua. HAHA. Dibuatnya ade tambahan simpang, kan boleh sesat.
En. Masdar bin Sayom |
Macam macam lah abah ni. Walau macam mana sekalipun along sayang abah.♥
Tata readerss ♥