Sunday, December 12, 2010

Disebalik kekurangan ade kelebihannya ! ;)

Di sini ingin aku kongsikan tentang perihal diriku . Aicehh ! bermadah pulaa . Entah kenapa kali nh aku nak bercakap tentang preparation diriku untuk menghadapi dunia berumah tangga ini . * ehemm , aku tak gatal ehh .

Bile bercakap pasal nak berumah tangga nh pasti orang akan tanye ,

" Dah pandai masak ke ? "

Ahah , selalunya soalan itu yang aku selalu elakkan . kerana aku tidak reti memasak . Faham ? Apakah perlu aku bold dan besarkan di situ ? Di sini jujur ku kata kan . Bahawa aku ini tidak reti memasak . *mak mertua , tolong jangan reject . huu .

Memasak nh banyak kategori kan ? So aku bukan di kategori kan sebagai orang yang tidak tahu langsung memasak ehh . Ewahhh , berpada pada laa sikit kann . Memasak yang aku maksudkan adalah memasak lauk pauk tuhh . Kalu setakat masak nasi , masak air , and goreng goreng tuhh gua reti bhaii . Cuma yang menjadi kelemahanku adalah memasak lauk pauk itu jehh . Haihhh !

" Sayang , tak kan laa hari hari i nak makan nasi , telur dan kicap jehh "

Jangan pernah persoalkan itu ye ! Kerana selagi aku belum berkahwin kau tak perlu risau . Anda boleh makan masakan mak anda . haha .

Bile nak belajar ? Ermm , rancangannya bile aku daa lepas proses belajar laa . Senang sikit . Lagipun belajar lepas berkahwin pun ape salahnya . Dapat laa merapatkan hubungan bersama mak mertua kann . haha . *nahas aku kann kene kondem jehh .

TETAPI , di sebalik kekurangan itu , aku punya kelebihan yang laen tau . Ape die ? Aku pandai mangasuh bayi yang baru lahir . Dalam diri aku sudahh ade sifat keibuan . Aicehhh ! gatal sungguh . Tapi ini laa yang sejujurnya . *ehemm sayang , you dah pernah tengokkan ? hee . Selain itu , kelebihan aku menguruskan hal hal rumah juga sudah terbukti hebat . So tiada ape yang bakal suamiku perlu risau tentang keadaan rumah selepas berkahwin nanti . haha .

So , bakal suami ku . Jangan pernah persoalkan lagi tentang " tahukah anda memasak ? " kerana jawapannya sudah aku sedia kan . aku tak pernah malu . Kerana kau perlu tahu semua itu . Jangan laa kau memandang rendah pada diriku hanya kerana aku tak reti memasak . Kerna banyak kerja laen yang mampu aku uruskan .